Exco baharu Melaka sedia galas amanah, tunaikan janji

Muhammad Ridzuan  dan Datuk Mohd Ridhwan  /Foto RTM

AYER KEROH, 19 November – Exco baharu Kerajaan Melaka menyatakan keyakinan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan serta merealisasikan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Portfolio Exco pertanian selari dengan pengajian beliau, memudahkan perkhidmatan kepada rakyat.
  • Harapan kepada jabatan untuk meningkatkan prestasi dan komitmen demi kebajikan serta kepentingan rakyat Melaka.
  • Penekanan terhadap TVET bagi melahirkan tenaga kerja berkualiti dan mempersiapkan anak Melaka mengisi peluang pekerjaan industri.

Exco Pertanian, Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif berkata, portfolio yang diberikan selari dengan bidang pengajiannya sebelum ini, sekali gus memudahkannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Khususnya bagi portfolio pertanian dan alam sekitar, kita berharap jabatan-jabatan yang terlibat dapat meningkatkan prestasi serta memberikan komitmen tertinggi, terutama dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat Melaka terus terpelihara.

“Pertamanya, saya menghormati jabatan-jabatan yang terlibat dan memerlukan segala maklumat serta perkembangan terkini berkaitan tiga jabatan di bawah portfolio ini, iaitu pertanian, alam sekitar dan juga NADMA,” katanya di sini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET Negeri Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali pula berkata, beliau akan terus memberikan penekanan terhadap pembelajaran TVET di negeri itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkualiti.

“Justeru, saya melihat portfolio TVET dan pengajian tinggi ini mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan anak-anak Melaka mendapat pendidikan dan latihan yang bersesuaian, sekali gus mempersiapkan mereka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja serta mengisi peluang pekerjaan dalam industri yang bakal beroperasi di Melaka,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.