fb fb fb fb fb

EWS aliran puing cadang dipasang di Titi Hayun, elak tragedi kepala air berulang

ALOR SETAR, 19 Januari - Jabatan Mineral dan Geosains Kedah bercadang untuk memasang Sistem Amaran Awal (EWS) aliran puing di Titi Hayun, Yan.

Ia susulan kejadian kepala air dan banjir kilat di kawasan tersebut pada 18 Ogos tahun lalu.

Sebanyak RM500,000 hingga RM1 juta peruntukan dianggarkan bagi kerja-kerja pemasangan sistem tersebut.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Khamarrul Azahari Razak berkata cadangan pemasangan sistem amaran awal itu merupakan projek perintis bagi pembangunan sistem amaran awal termaju yang pertama di Malaysia bagi pengurangan risiko bencana geologi.

"Ia sekaligus menyokong komitmen Malaysia terhadap sasaran Global 2030 Pertubuhan bangsa bangsa bersatu mengenai pengurangan risiko bencana. 
(UNDRR).

"Pemasangan EWS itu juga dijangka akan memberi manfaat kepada komuniti setempat," katanya dalam sesi taklimat dalam talian berkaitan kajian pemetaan kawasan berisiko tanah runtuh dan aliran debris di kawasan Gunung Jerai dan cadangan pemasangan sistem amaran awal E-W-S aliran debris, di sini.

Media Baharu