PUTRAJAYA, 29 Oktober- Kenderaan elektrik (EV) akan digunakan sebagai kereta rasmi bagi pemimpin ASEAN yang menghadiri acara rasmi ketika Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia terhadap kemampanan dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
"Kami fikir jika kita serius tentang kemampanan dan peralihan tenaga, biarlah kita mempamerkannya di Malaysia.
"Semua kereta yang akan disediakan untuk ketua kerajaan, menteri, pegawai hanyalah kereta EV," katanya pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 2 di sini.
Tambahnya, kerajaan akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin EV untuk merealisasikan hasrat tersebut.