fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Entiti kerajaan sama peranan akan dipusatkan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Oktober  -Pembentangan Belanjawan 2025, turut mengetengah soal reformasi institusi kerajaan. Ke arah itu entiti kerajaan dengan peranan hampir sama dipusatkan bagi memastikan mandat penubuhan ditunaikan dengan lebih efektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penggabungan tersebut termasuk Perbadanan InvestKL dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), Razak School of Government (RSOG) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Selain itu, penggabungan turut melibatkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

"Dengan penggabungan ini, keberkesanan operasi dapat dipertingkatkan supaya mampu beroperasi tanpa pembiayaan Kerajaan. CAAM dipertimbangkan sebagai
badan berkanun diasingkan saraan", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD