fb fb fb fb fb

Enam PPS dibuka di Terengganu

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Gelombang banjir keempat di Terengganu menyebabkan 65 orang daripada 17 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut InfoBencanaJKM, kesemua penduduk terjejas itu ditempatkan di enam PPS, setakat pukul 10.17 pagi tadi.

"Banjir kali ini menyebabkan dua daerah terjejas iaitu Marang dan Dungun.

"Di Dungun, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang menempatkan 11 orang terjejas banjir, PPS Balairaya Sura Lapangan Terbang (8 orang), PPS Balairaya Jalan Teratai (8 orang) dan PPS Balairaya Kampung Pelandang (19 orang).

"Manakala di Marang, PPS Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai (13 orang) orang dan PPS SK Padang Mengkuang (6 orang)," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Dungun daerah baharu dilanda banjir di Terengganu

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM