KUALA TERENGGANU, 24 Januari- Dungun daerah terbaharu dilanda banjir gelombang keempat apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka lewat petang semalam.
Tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang, Balairaya Sura Lapangan Terbang dan Balairaya Jalan Teratai.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 63 orang, setakat pukul 6.00 pagi tadi berbanding 29 orang semalam.
"Marang merekodkan 31 penduduk manakala Dungun 32 orang.
"Ketika ini hujan masih lagi berlaku di beberapa daerah terutama di Setiu, Kemaman dan Kuala Terengganu," menurut kenyataan tersebut.