fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

FOTO FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.29 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 121 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 387km tenggara dari Ambon, Indonesia.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

SITI AISHAH BINTI MD ISA