fb fb fb fb fb

Elak projek sakit, JKR tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan

(FOTO RTM)

ALOR GAJAH, 29 Mei-Jabatan Kerja Raya, JKR, bakal melaksanakan tapisan kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak projek ‘sakit’.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mendedahkan, ketika ini terdapat 166 projek yang berkaitan dengan pembinaan fasiliti kesihatan.

Namun 24 daripadanya mengalami kelewatan berikutan majoriti kontraktor tiada pengalaman dalam pembinaan kemudahan berkenaan.

"Ada ketikanya kita menggunakan kontraktor penyelamat semula untuk memastikan kelancaran kerja-kerja tersebut.

"Kita adakan kursus maknanya, kita memilih membuat tapisan dan kita tidak ada rasa bimbang atas perkara yang kita laksanakan", katanya kepada pemberita selepas Perasmian Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisma Awang Sauni.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya melaksanakan kursus kompetensi berkenaan agar kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan mendapat pengetahuan sewajarnya sebelum terlibat dalam pembidaan tender projek berkaitan.


(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad/FOTO RTM)

Media Baharu