fb fb fb fb fb

Elak kunjung kawasan risiko kepala air- KP Terengganu

(Detik cemas kereta ditenggelami akibat fenomena kepala air di Lata Ulu Kasar, Setiu)


HULU TERENGGANU, 3 September- Orang ramai dinasihatkan mengelak daripada terus mengunjungi kawasan berisiko berlakunya fenomena kepala air susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, "ia bagi menggelakkan kejadian seperti yang berlaku di Lata Ulu Kasar, Setiu berulang."

Katanya, "orang ramai juga perlu menilai tahap risiko sebelum membuat keputusan melakukan aktiviti di air kerana fenomena kepala air boleh menyebabkan impak yang besar."

Tambahnya, "sebenarnya orang tempatan lebih kerap ke tempat seperti sungai, lata yang di kawasan hulu.

"Jadi bagaimanapun kita akan minta untuk majlis tempatan untuk menguarkan dan letak papan tanda di kawasan riadah.

"Sekiranya keadaan memerlukan kita mungkin perlu penutupanlah untuk kawasan riadah untuk sementara waktu." Tegas beliau ketika ditemui pemberita.

(Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa ketika ditemui pemberita)

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Lebih 30 orang pengunjung yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu terperangkap dalam kejadian kepala air pada Jumaat.

Dua buah kenderaan dihanyutkan dalam kejadian kira-kira jam 5.00 petang itu.

Media Baharu