fb fb fb fb fb

Ekonomi kitaran kurangkan pelepasan gas rumah hijau

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Seiring komitmen negara terhadap agenda kemampanan global, penerapan konsep ekonomi kitaran dalam sektor agrokomoditi berpotensi memberi negara peluang untuk mengurangkan perlepasan gas rumah hijau.
 
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kementerian dan beberapa agensi bawahnya konsisten mengkaji  industri teknologi hijau dalam mengenal pasti bahan sisa sawit yang dianggap sebagai bahan buangan untuk diintegrasikan semula.  
 
"Menjelang tahun 2030, industri biojisim ini dijangka menjana ekonomi bernilai RM17 billion dan pelaburan sebanyak RM7 billion.

"Hal ini juga dijangka dapat mewujudkan 33,000 peluang pekerjaan baru dalam sektor biojisim pada 2030 dengan hanya menggunakan sisa sawit" katanya.
 
Sisa biojisim terhasil daripada pokok sawit juga boleh digunakan dalam penghasilan pulpa dan kertas yang lebih bernilai tinggi.
 
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE