fb fb fb fb fb

Dua wanita selamat, kereta terbabas ke dalam longkang dihanyut arus deras

Tangkap layar video menunjukkan dua lelaki cuba menyelamatkan mangsa yang terbabas ke dalam longkang dan dibawa arus deras

KOTA TINGGI, 7 Januari- Dua wanita berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki terbabas dan dihanyutkan arus deras di kilometer 42.5 Jalan Johor Bahru-Mersing di Kota Tinggi, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, pada kejadian pukul 9.20 pagi itu, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

Mereka yang berusia 37 dan 43 tahun menaiki perodua Myvi dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang menghala Kota Tinggi.

Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang dilaporkan cedera ringan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut kaedah-kaedah lalu lintas Jalan 1959 Rule 10 LN166/59.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE