fb fb fb fb fb

Dua beradik rentung

(Keadaan ruangan bilik dua beradik yang rentung)

JOHOR BAHRU, 3 September- Dua beradik rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru, jam 1.40 tengah hari tadi.

Kedua-dua mangsa, Muhammad Zafran Muhammad Fikri, berusia tiga tahun dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, berusia dua tahun ditemui rentung di ruangan bilik tidur rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Malek Rivan memaklumkan, "rumah jenis kekal tersebut musnah 60% daripada keseluruhan bangunan."

Seramai 14 orang anggota BBP Larkin dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah tersebut.

Usaha pemadaman awal turut dilakukan orang awam menggunakan jirusan air paip sebelum tindakan susulan dilakukan pihak bomba.

Kebakaran berjaya dipadamkan, pada jam 2.20 petang.

(Keadaan ruangan dapur selepas kebakaran)

Media Baharu