fb fb fb fb fb

Draf pekeliling kebenaran guru, petugas KEMAS bergiat aktif aktiviti politik di peringkat akhir



KUALA TERENGGANU, 13 Februari
-Draf pekeliling yang membenarkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti politik kini di peringkat akhir.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pekeliling itu sebagai panduan memastikan mereka tidak melanggar undang-undang sebagai penjawat awam.

Kebenaran bagi penjawat awam lain untuk aktif berpolitik juga sedang diteliti bergantung pada implikasi kepada jabatan masing-masing.

"Tidak adil kalau hanya mengehadkan kepada beberapa jabatan tetapi kita kena lihat juga implikasi daripada apa yang dibenarkan itu.

"Tapi saya jangkakan untuk sementara ini guru KEMAS dibenarkan juga untuk berpolitiklah dan JPA dalam peringkat akhir mengeluarkan pekeliling sebagai garis panduan," kata Mohd Zuki semasa melancarkan Majlis Tandatangan Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan Pejabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kuala Terengganu di sini.

 

Media Baharu