fb fb fb fb fb

Dividen KWSP: Masa depan, simpanan untuk persaraan terjamin

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Orang ramai menyambut baik kadar dividen 6.30 peratus yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Rata-rata memberitahu, mereka merasa masa depan yang lebih terjamin dengan simpanan untuk hari tua dan menekankan kepentingan menjaga simpanan KWSP sehingga usia persaraan.

"Untuk rakyat Malaysia, itu adalah satu perkara yang bagus untuk masyarakat sekarang. Macam berbaloi lah. Contohnya, bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas, kebanyakan menyimpan duit dalam jumlah yang banyak.

"Jika dividen yang diperoleh tinggi, mereka akan rasa lebih lega, sebab mereka sudah tidak bekerja," kata Pencarum KWSP, M. Nanaletchumy.

"Saya rasa KWSP mencatatkan perkembangan yang lebih baik. Sepatutnya, wang itu hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya apabila seseorang sudah bersara.

"Sekurang-kurangnya, kita benar-benar dapat menggunakan simpanan tersebut. Maksud saya, bukan separuh jalan sudah dikeluarkan," kata Pencarum KWSP," kata Pencarum KWSP, C.C Yong.

"Sebab saya mencarum sendiri untuk i-Saraan, kadar 6.30 peratus adalah antara yang tertinggi, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

"Jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain, kadar dividen KWSP 6.30 peratus adalah sangat berbaloi, terutama dengan peningkatan pendapatan serta kos sara hidup yang semakin tinggi," kata Pencarum KWSP, Syahrizal Abdul Rahman.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM