fb fb fb fb fb

Prestasi memberangsangkan KWSP dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Perdana Menteri menyifatkan prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipacu kepesatan pasaran modal Malaysia yang mekar di tengah tantangan ekonomi global yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI sekali gus memanfaatkan rakyat untuk pertumbuhan sejagat dan lestari.

"Alhamdulillah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen yang gemilang, dengan jumlah agihan tertinggi dalam sejarah, yakni RM73.24 bilion.

"Malah, Simpanan Shariah juga melakar sejarah, dengan julung kalinya mencapai kadar yang setara dengan Simpanan Konvensional," menurut hantaran itu.

Dalam pada itu beliau komited dalam memastikan ekonomi negara terus dipertingkatkan dengan penuh iltizam dan memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai oleh seluruh rakyat.

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI