fb fb fb fb fb

DBKL akan tinjau, pantau berkala premis sekitar KL

Sebelum ini, seramai 1,101 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang.

KUALA LUMPUR, 23 Disember-Tinjauan dan pemantauan secara berkala akan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap premis perniagaan sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan itu bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) dapat dibanteras.

"Pemilik premis perniagaan diingatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan DBKL khususnya membabitkan PATI bagi mengelak risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan mereka.

"Pemilik premis juga diseru untuk menggunakan saluran yang betul jika berhasrat untuk mengambil pekerja asing," kata Zaliha menerusi kenyataan.

Zaliha turut berterima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan menyerbu dan menangkap PATI di Jalan Silang.

Sebelum ini, seramai 1,101 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di 'Mini Dhaka' di Jalan Silang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM