Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik penasihat industri UKM-GSB

BANGI, 16 Julai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek dilantik sebagai penasihat industri Universiti Kebangsaan Malaysia-Graduate School Of Business (UKM-GSB).

Dekan UKM-GSB, Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul berkata, pihaknya yakin pelantikan itu akan menaikkan lagi taraf pengajian di UKM-GSB.

“Perancangan untuk jangka panjang kita akan melibatkan KSU dalam berberapa program yang sedang kita rancang. Kita juga akan melibatkan KSU dalam input-input yang berguna untuk menambah baik kualiti porgram pengajian di UKM GSB,” kata Dr Zafir Khan selepas Majlis Penghargaan Media bersama Ketua Setiausaha K-KOMM dan UKM-GSB di sini.

(Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul di temu bual selepas Majlis Penghargaan
Media bersama Ketua Setiausaha K-KOMM dan UKM-GSB)

Mohammad Mentek turut hadir menyampaikan anugerah kepada pihak media.

Dr Zafir Khan berkata, pihaknya akan terus berperanan sebagai pusat pengajaran pascasiswazah dan penyelidikan bagi UKM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.