
KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kerajaan Perpaduan kekal mentadbir Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
- Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata isu pentadbiran negeri diselesaikan susulan pertemuan pimpinan BN dan PH.
- Keputusan mengekalkan kerjasama politik dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Sebarang isu berbangkit akan dirujuk kepada pimpinan utama berdasarkan perjanjian antara parti komponen Kerajaan Perpaduan.
- Tiada perbincangan mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri bagi Melaka, Johor atau Negeri Sembilan dan spekulasi dinafikan.
Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata isu pentadbiran negeri itu telah diselesaikan dengan baik susulan pertemuan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal mentadbir dan dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin. Sebarang isu yang berbangkit selepas ini akan dirujuk kepada pimpinan utama berlandaskan perjanjian yang telah dimeterai antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan”, katanya demikian dalam Sidang Media Mingguan di Angkasapuri, Kota Media, di sini hari ini.
Keputusan mengekalkan kerjasama politik itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, Datuk Fahmi berkata tiada sebarang perbincangan mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Melaka, Johor mahupun Negeri Sembilan.
Sekali gus menafikan spekulasi mengenai perkara berkenaan.