Darurat jerebu : Menteri Agama junjung titah YDP Agong

Keadaan jerebu di Serian, Sarawak/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 4 September – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung tinggi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, atas pengisytiharan darurat jerebu di Bahagian Serian, Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jerebu mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
  • JPM gesa agensi agama dan masyarakat menyokong langkah mitigasi serta bantuan kebajikan untuk melindungi penduduk terjejas.
  • Seru Solat Hajat di masjid dan surau, memupuk tawakal dan kesatuan sambil menunaikan amanah menyelamatkan nyawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, dalam satu kenyataan memaklumkan, pengisytiharan itu susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai

“Selari dengan tuntutan Hifz al-Nafs (pemeliharaan nyawa) dan al-Taawun (saling membantu), JPM (Hal Ehwal Agama) menggesa seluruh agensi agama dan masyarakat agar menyokong penuh langkah mitigasi serta bantuan kebajikan bagi melindungi kesihatan penduduk yang terjejas.

“Keadaan kritikal ini menuntut persaudaraan Islam dan nilai kemanusiaan diterjemahkan secara nyata menerusi penyampaian bantuan pantas serta pematuhan penuh terhadap arahan keselamatan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

JPM (Hal Ehwal Agama) turut menyeru pelaksanaan Solat Hajat di masjid serta surau di Wilayah Persekutuan bagi mendoakan kurniaan hujan yang bermanfaat serta perlindungan Allah buat warga Serian.

“Semoga ujian ini memperkuatkan tawakal dan kesatuan kita, memandangkan setiap usaha menyelamatkan nyawa merupakan amanah agama yang amat mulia di sisi-Nya,” tambah kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.