KUALA LUMPUR, 20 Jun - Dana bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif bawah Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata menerusi hantaran Facebook berkata, antaranya bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) di antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak, program Mylesen untuk golongan B40 serta penukaran topi kaledar baru untuk penunggang motosikal.
"Menjunjung kasih Tuanku!
Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat," kata Loke.
Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.