fb fb fb fb fb

CUEPACS sokong KESUMA, perkukuh 3K

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 April- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyokong penuh inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk memperkukuh kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja (3K).

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata ia selari perjuangan CUEPACS terutama dalam hal berkaitan kebajikan yang akan membolehkan pekerja mendapat kadar upah yang lebih bermaruah dan wajar.

Beliau juga yakin Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menumpukan usaha meningkatkan produktiviti penjawat awam.

"Bagi CUEPACS ianya akan menjurus kepada pendapatan yang selesa dan perbelanjaan yang adil, sudah tentu apabila kita melihat sahaja gaji yang bermaruah ini penekanan terhadap elemen 3K mestilah sentiasa selari dan diberi tumpuan yang sama rata," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah beliau, sekiranya salah satu daripada elemen 3K ini ditinggalkan, ia sudah pasti tidak mampu memberikan hasil yang terbaik dan akhirnya memberikan kerugian kepada negara.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM