fb fb fb fb fb

Cuaca panas tidak menentu, Pulau Pinang laksana AIDAP 2024

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow

GEORGETOWN, 14 April - Pulau Pinang akan mengekalkan pelan tindakan kontigensi di Empangan Air Itam agar sumber air dapat disalur kepada pengguna.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kadar paras air di Empangan Air Itam akan dikekalkan, walaupun sebelum ini, wujud kebimbangan mengenai tahap kapasiti air di empangan tersebut.

"Pelan tindakan mengekalkan paras air di Empangan Air Itam perlu diteruskan, sehingga kita mencapai satu kadar yang lebih selesa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera, di sini.

Isu air mendapat perhatian selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) 2024 .

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN