CON-FEST 2026 buka ruang kepada pencipta kandungan digital

Media penyiaran awam berdepan cabaran untuk mengimbangi kehendak penonton dan melaksanakan tanggungjawab menyediakan kandungan memenuhi keperluan masyarakat

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Festival Kandungan Asia-Pasifik (CON-FEST) 2026 anjuran Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) terus memperkukuh perkongsian ilmu dan inovasi dalam industri penyiaran dengan membuka ruang kepada pencipta kandungan digital.

RINGKASAN BERITA AI
  • Membuka ruang kepada pencipta kandungan digital seperti podcaster dan saluran YouTube.
  • Penyertaan tidak lagi terhad kepada penggiat media tradisional, memupuk perkongsian pengalaman dan amalan terbaik.
  • Menggalakkan organisasi penyiaran memanfaatkan platform digital untuk memperluas perkhidmatan dan kurangkan pergantungan pada penyiaran tradisional.
  • Media penyiaran awam mesti seimbangkan kehendak penonton dengan tanggungjawab menyediakan maklumat peringkat dunia, negara dan komuniti.

Penganjurannya kini tidak lagi terhad kepada penyertaan penggiat media tradisional.

Setiausaha Agung ABU, Ahmed Nadeem menyatakan festival menghimpunkan penerbit kandungan radio, televisyen dan media digital termasuk pengendali podcast serta saluran YouTube, berkongsi pengalaman, idea juga amalan terbaik dalam penghasilan kandungan kreatif.

“Pendedahan itu dapat membantu organisasi penyiaran memperluas perkhidmatan masing-masing dengan memanfaatkan platform digital, sekali gus tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bentuk penyiaran tradisional.

“Ini merupakan proses pembelajaran kepada para penyiar agar mereka dapat memperluaskan perkhidmatan dengan tidak hanya bergantung kepada bentuk penyiaran tradisional semata-mata,”katanya selepas merasmikan CON – FEST 2026.

Beliau turut mengingatkan organisasi media agar terus berevolusi selaras perubahan kehendak dan keperluan audiens bagi memastikan industri penyiaran kekal relevan.

“Media penyiaran awam berdepan cabaran untuk mengimbangi antara memenuhi kehendak penonton dan melaksanakan tanggungjawab menyediakan kandungan yang memenuhi keperluan masyarakat.

“Sebaliknya, media penyiaran awam perlu memenuhi kedua-duanya, iaitu menghasilkan kandungan yang diminati oleh khalayak, di samping memastikan keperluan mereka turut dipenuhi.

“Sebagai media penyiaran awam, tanggungjawab bukan sekadar menyediakan hiburan, tetapi juga memastikan masyarakat mendapat maklumat di peringkat dunia, negara dan komuniti setempat,”jelasnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.