ISTANBUL, 21 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan misi membela nasib rakyat Palestin dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden, Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan singkat ke Turkiye.
Ia selepas menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin di pentas Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-ASEAN di Riyadh, Arab Saudi.
Pertemuan Anwar dan Erdogan dijadual berlangsung di Istanbul.
Perbincangan dijangka berkisar kepada ruang kerjasama bagi membela rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Riyadh, Anwar menyatakan kesediaan Malaysia menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Perdana menteri juga berharap semua negara akan bersama-sama mencari penyelesaian berkekalan serta adil berhubung konflik yang berlaku.
Selain Malaysia, Turkiye antara negara yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis.
Erdogan turut mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari di Turkiye sebagai penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam serangan Zionis di Gaza.

Artikel Berkaitan:
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC: Anwar akan mengetengahkan konflik Palestin
Hentikan layanan tidak adil terhadap Palestin - Anwar
Anwar adakan pertemuan dengan firma utama industri Arab Saudi
Israel keterlaluan, tiada perikemanusiaan - Anwar