KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Lebih 49,000 saman dikeluarkan ke atas kenderaan perdagangan dan barangan menerusi Op Patuh Khas sejak 1 Oktober lalu.
Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, lebih 192,000 kenderaan perdagangan dan barangan telah diperiksa setakat 19 Oktober.
Beliau juga berkata 446 kenderaan telah disita dan 13 daripadanya diambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Awan Darat 2010 kerana lebihan muatan.
"Kami akan terus melakukan operasi ini dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi pematuhan ini.
"Saya menyeru syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan kenderaan barangan agar menggunakan perkhidmatan daripada syarikat-syarikat yang mematuhi peraturan jalan raya supaya pengguna terlindung daripada risiko tinggi akibat kegagalan pematuhan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas operasi Op Patuh di Stesen Penguat kuasa JPJ, Klang-Banting semalam.
Tambah beliau, hampir 80 peratus patuh dan segelintir saja masih lagi masih gagal dan enggan mematuhi peraturan jalan raya.
JPJ juga akan menawarkan apa-apa maklumat diperlukan pihak syarikat mengenai syarikat yang mempunyai rekod bersih dan baik untuk khidmat pengangkutan.

dan enggan mematuhi peraturan jalan raya.)