‘Bikers’ Malaysia perlu patuhi undang-undang negara jiran – TPM Zahid

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Penunggang motosikal Malaysia yang memasuki negara jiran diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan, susulan tindakan pihak berkuasa Thailand mengenakan kompaun terhadap beberapa warga Malaysia baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pematuhan undang-undang negara yang dikunjungi asas yang perlu diberi perhatian setiap rakyat Malaysia.
  • Isu kenderaan asing melanggar peraturan boleh dibawa ke platform rundingan ASEAN untuk penyelesaian bersama.
  • Perkukuh kesefahaman dan toleransi antara negara ASEAN bagi memastikan hubungan baik tidak terjejas.
  • Gunakan mekanisme Annual Consultation Meeting antara Perdana Menteri untuk merungkai permasalahan dan tunjuk semangat kejiranan melalui tolak ansur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pematuhan terhadap undang-undang negara yang dikunjungi adalah perkara asas yang perlu diberi perhatian setiap rakyat Malaysia.

“Pada hemat saya, di mana-mana negara pun kita harus mengikuti peraturan yang ditentukan oleh negara berkenaan. Dan tentunya kesefahaman mesti wujud di antara negara jiran, terutama kita berada dalam kerangka negara ASEAN,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penutup Program Amal PDRM dengan Kerjasama Ipoh Superbike serta Ambang Merdeka Ke-69 di sini hari ini.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, isu membabitkan kenderaan asing yang melanggar peraturan juga boleh dibawa ke platform rundingan antara negara ASEAN bagi mencari penyelesaian secara bersama.

Pada masa sama, beliau menegaskan aspek kesefahaman dan toleransi antara negara ASEAN perlu diperkukuh bagi memastikan sebarang isu tidak menjejaskan hubungan baik negara berjiran.

Menurutnya, Malaysia dan negara-negara ASEAN mempunyai mekanisme ‘Annual Consultation Meeting’ antara Perdana Menteri yang boleh dimanfaatkan sekiranya timbul sebarang permasalahan.

“Dan sebarang permasalahan jika wujud ianya boleh dirungkaikan dalam mesyuarat berkenaan. Dan tolak ansur mesti dilakukan agar akan menampakkan semangat kejiranan yang erat di antara negara-negara ASEAN, khususnya negara-negara yang berjiran,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.