fb fb fb fb fb

'Beta berharap segala percaturan politik diselesaikan segera' - Agong

KUALA LUMPUR, 6 Jun - Sebarang defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara perlu segera ditangani bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.

Al-Sultan Abdullah bertitah, negara memerlukan kerajaan yang stabil selain didukung oleh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang cekap, telus, berintegriti, mesra perniagaan dan mesra rakyat.

"Demi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan negara sebagai pilihan pelaburan utama di rantau ini, menuntut persefahaman dan pengorbanan semua pihak untuk mewujudkan landskap politik yang stabil dan berterusan.

"Beta benar-benar berharap agar segala percaturan politik dapat diselesaikan segera demi untuk mengelak negara dari terjerumus ke kancah 'defisit keyakinan' yang boleh menjejaskan imej dan masa  hadapan negara,” titah Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara di sini hari ini.

(Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi di Istana Negara/FOTO Istana Negara)

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur berhubung prestasi negara pada tahun lepas yang mencatat pertumbuhan ekonomi semakin baik.

Seri Paduka bertitah perkara itu dicapai melalui strategi pengurusan kesihatan yang berkesan dan persefahaman politik sekali gus negara boleh kembali mengorak langkah untuk menjayakan agenda pembangunan.

Media Baharu