Belanjawan 2027: Warga emas harap bantuan, kemudahan sokongan dipertingkat

Gambar janaan AI

KUALA LUMPUR, 11 Oktober — Peningkatan peruntukan Bantuan Warga Emas menerusi Belanjawan 2027 dilihat sebagai langkah positif dalam membantu warga emas berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permintaan lawatan doktor, jururawat dan fisioterapi ke rumah untuk warga emas terlantar dan yang memilih tinggal di rumah.
  • Bantuan lebih bersasar supaya sokongan sampai kepada kumpulan warga emas yang mempunyai keperluan berbeza.
  • Perluasan pengangkutan awam dan laluan khas di agensi kerajaan untuk memudahkan urusan warga emas.
  • Peningkatan kemudahan awam mesra warga emas termasuk permukaan jalan sesuai dan kemudahan untuk pengguna kerusi roda.

Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Zainal Abidin Yahya peningkatan peruntukan itu memperluas perkhidmatan penjagaan di rumah khususnya bagi warga emas terlantar dan mereka yang tidak mahu tinggal di rumah jagaan.

“Jadi harapan saya kalau boleh kita adakan program tambahan yang melibatkan lawatan doktor ke rumah warga emas.

“Kerajaan mampu mengadakan lawatan ke rumah secara berkala bagi warga emas yang terlantar.Perkhidmatan seperti jururawat dan fisioterapi juga boleh disediakan di rumah,” katanya.

Sementara itu, aktivis belia, Jalal Misran berkata, penyaluran bantuan perlu lebih bersasar kerana keperluan setiap warga emas berbeza.

“Harapan saya agar warga emas ini, kalau boleh, biarlah bantuan itu sampai kepada kumpulan yang tepat. Kita harus berkhusus kepada golongan-golongan warga emas itu,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kemudahan pengangkutan awam diperluas dan laluan khas disediakan di agensi kerajaan bagi memudahkan urusan warga emas.

Bagi pesara kerajaan, Hasnah Rodo, peningkatan bantuan perlu seiring penambahbaikan kemudahan awam, terutama bagi warga emas yang mempunyai masalah pergerakan.

“Saya ingat warga emas kalau untuk alam luar, kita perlukan persekitaran mesra warga emas. Kadang-kadang kita berjalan, keadaan jalan tidak sesuai dan kemudahan untuk pengguna kerusi roda pun tidak ada di sesetengah tempat,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Jumaat lalu, kerajaan meningkatkan peruntukan Bantuan Warga Emas kepada RM1.3 bilion, yang dijangka memanfaatkan hampir 200,000 penerima.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.