Belanjawan 2027: KPKM tekad perkukuh sektor pertanian

Gambar Hiasan /RTM

GEORGE TOWN,8 Oktober – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited sektor itu turut akan diberi tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2027, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan awal menghadapi fenomena El Nino termasuk mendapatkan pandangan pakar bidang kecerdasan buatan serta sains dan teknologi.
  • Fokus mencari kaedah terbaik untuk mengurus perubahan cuaca ekstrem dan kesan kepada pertanian.
  • MADA menjalankan kajian kesan El Nino dan mengemukakan hasil kepada kementerian.
  • Langkah praktikal termasuk penakungan air, keutamaan bekalan air minuman dan sistem pemaletan dibentangkan kepada Bahagian Sekuriti Makanan.

Ini khususnya berikutan jangkaan berlakunya fenomena El Nino, tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini, persiapan awal untuk menghadapi kemungkinan cuaca panas melampau, sedang dijalankan.

Ini termasuk mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar berkaitan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta sains dan teknologi.

Ia bagi mencari kaedah terbaik untuk menghadapi perubahan cuaca ekstrem berkenaan.

“Saya berkeyakinan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan akan memberikan sedikit peruntukan kepada KPKM bagi menghadapi El Nino.

“Seperti yang kita ketahui, ketika fenomena El Niño, suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius. MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) telah membuat kajian dan mengemukakan kepada pihak kementerian mengenai kesan yang bakal berlaku terhadap MADA.

“Justeru, antara persediaan MADA ialah penakungan air. Keutamaan pertama tentunya untuk bekalan air minuman. Kemudian, barulah air disimpan di tempat-tempat yang boleh dijadikan sebagai takungan dan sebagainya.

“Selain itu, sistem pemaletan juga telah dibentangkan kepada kementerian dan seterusnya dibawa kepada Bahagian Sekuriti Makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Bersama Presiden AMANAH di George Town di sini pada Rabu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.