fb fb fb fb fb

Bekalan petrol, diesel sempena Aidiladha ditambah 1.09 juta liter

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN
Datuk Seri Salahuddin Ayub)

MUAR, 27 Jun- Kuota tambahan sebanyak 1.09 juta liter bagi minyak petrol dan diesel sempena Aidiladha diluluskan.

Ia melibatkan 311,000 liter petrol RONĀ 95 dan 783,000 liter diesel di kawasan sempadan negara termasuk Johor Bahru.


(Foto hiasan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penambahan kuota itu bagi mengelak gangguan bekalan berikutan kemungkinan peningkatan penggunaan bahan api sempena cuti perayaan.

Beliau juga memberi jaminan bekalan bahan api akan disalurkan kepada semua kawasan termasuk luar bandar dan kawasan pedalaman.

"Jadi ini bertujuan supaya tiada gangguan bekalan sepanjang Hari Raya Aidiladha dan itu langkah yang kita ambil untuk memastikan ia sampai pada semua stesen minyak bandar, luar bandar, kampung serta pedalaman. Kita akan memastikan bekalan bahan api mencukupi", katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan 200 ekor kambing pada Majlis Korban dan Akikah Rahmah di Muar.

Media Baharu