KOTA KINABALU, 10 Ogos - Proses bedah siasat mayat Zara Qairina Mahathir masih lagi dijalankan setakat pukul 8.00 malam tadi oleh pasukan forensik bagi mendapatkan kepastian punca sebenar kematian mangsa.
Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Doktor Khairul Anuar Zainun tiba di Hospital Queen Elizabeth 1 sekitar pukul 11.00 pagi tadi bagi membantu proses bedah siasat.
Menurut peguam keluarga mangsa, Hamid Ismail, prosedur kali ini memerlukan penelitian yang lebih mendalam bagi memastikan setiap bukti fizikal direkodkan dengan tepat.
Tambahnya lagi, selepas proses bedah siasat selesai, hasil laporan akan diberikan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan mayat mangsa akan dihantar semula ke Sipitang untuk dikubur semula.
BERITA BERKAITAN:
- Proses bedah siasat Zara Qairina masih diteruskan
- Bedah siasat jenazah Zara Qairina dijalankan di HQE I, Kota Kinabalu
- Sabah minta rakyat hormat proses undang-undang kes Zara Qairina
- Jenazah Zara Qairina tiba di Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat
- Lebih 5,000 penduduk Papar berhimpun tuntut keadilan untuk Zara Qairina
- Lebih 5,000 penduduk Papar berhimpun tuntut keadilan untuk Zara Qairina