fb fb fb fb fb

Lebih 5,000 penduduk Papar berhimpun tuntut keadilan untuk Zara Qairina

FOTO RTM

KOTA KINABALU, 9 Ogos - Lebih 5,000 penduduk Papar berhimpun secara aman menyatakan solidariti terhadap Zara Qairina, pelajar tingkatan satu yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah sekolah berasrama pertengahan Julai lalu.

Himpunan dianjurkan Komuniti Anak Muda Papar. Turut hadir memberi sokongan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Khan Bahadar dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantim.

Sementara itu di Kota Marudu, solidariti diterjemah menerusi Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat.

Program yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Kota Marudu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Al-Fateh Sabah dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Kota Marudu.

Majlis dihadiri lebih 100 orang terdiri daripada penduduk setempat dan ahli pertubuhan.

0908 SBH ZARA SOLIDARIT123Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat di Masjid At-Taqwa, Kota Marudu

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE