fb fb fb fb fb

Bedah siasat jenazah Zara Qairina dijalankan di HQE I, Kota Kinabalu

Proses bedah siasat turut dibantu seorang Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

KOTA KINABALU, 10 Ogos - Proses bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina Mahathir sedang dijalankan pasukan forensik di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, pagi ini.

Sejak awal pagi, orang ramai termasuk pengamal media berkumpul di perkarangan hospital bagi mengikuti perkembangan kes tersebut.

Ibu mangsa, Noraidah Lamat, tiba sekitar pukul 8.26 pagi menaiki van jenazah, diiringi pasukan peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri.

Menurut Hamid, seorang Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun, diterbangkan khas ke Sabah bagi membantu proses bedah siasat.

Proses berkenaan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa selepas pihak berkuasa meluluskan permohonan keluarga untuk menggali semula kubur arwah.

Laporan bedah siasat akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sebelum jenazah dibawa pulang ke Sipitang untuk dikebumikan semula.

TUN JULIA MOHD TAHIR