Bantuan Bilik Guru: Johor peruntukkan RM 5.975 juta

Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Kerajaan negeri Johor memperuntukkan sebanyak RM 5.975 juta bagi Bantuan Bilik Guru melibatkan 1,195 buah sekolah yang memanfaatkan lebih 49,000 guru di seluruh negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan Bantuan Bilik Guru memasuki tahun keempat sejak 2022.
  • Inisiatif sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada jasa dan pengorbanan warga pendidik dalam membentuk masa depan generasi Bangsa Johor.
  • Diharapkan memperkukuh kebajikan guru, menyediakan bilik guru lebih selesa dan kondusif serta memartabatkan pendidikan untuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Bantuan itu merupakan tahun keempat pelaksanaannya sejak tahun 2022.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata inisiatif sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada jasa dan pengorbanan warga pendidik dalam membentuk masa depan generasi Bangsa Johor yang lebih baik.

Usaha itu turut diharapkan dapat memperkukuh kebajikan warga pendidik dengan menyediakan bilik guru yang lebih selesa dan kondusif.

Selain memartabatkan sistem pendidikan negeri ke arah melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta berkualiti dan berdaya saing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.