fb fb fb fb fb

Banjir :Tindakan koordinasi PKOB telah dilaksanakan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM

KADAMAIAN, 8 Januari - Tindakan koordinasi dengan jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat daerah telah diambil bagi memastikan pengurusan banjir di negeri-negeri terlibat berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu diambil berikutan situasi banjir di Johor, Pahang dan Sarawak semakin memburuk.

"Kita telah mengadakan penyelarasan di peringkat nasional, negeri dan di peringkat daerah.

"Kita lakukan dengan kerjasama semua jabatan dan agensi di bawah kerajaan persekutuan dan negeri. Kita mobalisasikan NADMA, APM dan JKM", katanya di sini.

Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, usaha itu melibatkan pertubuhan bukan kerajaan, NGO serta beberapa badan beruniform lain termasuk jabatan-jabatan di peringkat negeri dan daerah.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, setakat hari ini, terdapat 6 daerah di Johor terjejas banjir dengan 48 Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka membabitkan 1,869 keluarga dengan 6,800 penduduk terjejas.

Manakala di Pahang, tiga daerah terjejas dengan 23 PPS dibuka yang menempatkan 256 keluarga dengan 896 penduduk dan di Sarawak satu daerah terjejas dengan 1 PPS dibuka melibatkan 12 keluarga.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD