fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Lebih aset diperlukan untuk segerakan penyaluran bantuan - Polis

(FOTO HIASAN)

HULU TERENGGANU, 19 Disember - Situasi banjir di Terengganu dengan risiko arus deras dan faktor muka bumi menyebabkan sokongan aset dan jentera sesuai amat diperlukan untuk menghantar bantuan dan memudahkan operasi menyelamat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia memerlukan perhatian segera kerana ada rungutan yang diterima mengenai penghantaran bantuan dan makanan lewat ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Justeru, beliau memohon penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS agar bersabar kerana semua pihak sentiasa berusaha mengatur gerak tanpa henti agar bantuan segera dapat diberi.

(Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa / FOTO FAIL)

"Buat masa terdekat kita akan gunakan aset-aset besar ini daripada sekitar Terengganu sendirilah... contohnya dari JKR, PGA dan PSP tetapi itu memang tidak mencukupi lagi memang tidak mencukupi lagi.

"Malah kita dimaklumkan bahawa pihak sekretariat sendiri iaitu APM sendiri akan memohon daripada Putrajaya bantuan dari segi aset jentera berat ini," katanya kepada pemberita ketika meninjau situasi di PPS Kampung Kua, di sini.

Sehingga kini, lapan daerah di Terengganu dilanda banjir yang melibatkan lebih 17,000 penduduk terjejas.

Media Baharu