fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu : Kemaman kekal catat jumlah penduduk terjejas paling ramai

FOTO RTM

KEMAMAN, 21 November- Setakat enam pagi tadi jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, PPS masih kekal 2,574 seperti tengah malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JBPN Terengganu dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua mereka ditempatkan di enam PPS di dua daerah Yang masih terjejas.

Kemaman masih mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai iaitu 2,561 orang.

Diikuti Marang dengan 13 penduduk terjejas banjir.

Ketika ini hujan hanya direkodkan berlaku di beberapa kawasan sahaja.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE