
IPOH, 27 Jun – Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya pada pukul 1.00 tengahari tadi di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor.
RINGKASAN BERITA AI
- Penutupan satu PPS diumumkan selepas banjir surut sepenuhnya; kesemua penduduk terjejas telah pulang.
- Mohd Nasrul Menhat, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah, mengesahkan penutupan PPS.
- Satu lagi PPS masih dibuka di Dewan Bandaran Gopeng, Kampar.
- PPS Dewan Bandaran Gopeng menempatkan 51 penduduk daripada 16 keluarga terjejas.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencara Daerah Larut, Matang dan Selama Mohd Nasrul Menhat memaklumkan, penutupan PPS tersebut dibuat selepas banjir surut sepenuhnya dan kesemua penduduk terjejas telah pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu , satu lagi PPS masih lagi dibuka Di Dewan Bandaran Gopeng, Kampar.
PPS Dewan Bandaran Gopeng menempatkan seramai 51 penduduk daripada 16 keluarga yang terjejas banjir.