
KUCHING, 27 Januari -Sebanyak 37 penduduk terjejas banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Serunyuk masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, setakat pagi ini.
- PPS Bangunan Masjid Lama di Kampung Seruyuk dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dari Bahagian Samarahan.
- JPBN Sarawak mengesahkan peningkatan jumlah mangsa berbanding semalam.
- Banjir ini merupakan gelombang kedua selepas pemulihan lengkap pada 17 Januari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, kesemua mereka ditempatkan di PPS Bangunan Masjid Lama, Kampung Seruyuk di Bahagian Samarahan yang dibuka semalam.
“Jumlah penduduk terjejas banjir terkini menunjukkan peningkatan sedikit, berbanding 25 mangsa daripada lapan keluarga semalam,” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan maklumat cuaca menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pula, meramalkan hujan berterusan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman Sarawak hingga 2 Februari depan.