Maybank bank pertama di Singapura tawar kemudahan transaksi ringgit

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Oktober – Malayan Banking Bhd (Maybank) menjadi bank pertama di Singapura yang membolehkan pelanggan korporatnya yang layak di negara itu menerima, menyimpan dan melakukan transaksi menggunakan mata wang ringgit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemudahan Akaun Semasa Korporat Ringgit membolehkan syarikat menukar dolar Singapura atau mata wang asing kepada ringgit.
  • Ia membolehkan pelanggan menyelesaikan urusan perdagangan, membayar barangan dan perkhidmatan serta membiayai operasi perniagaan di Malaysia.
  • Inisiatif menyokong aktiviti ekonomi Malaysia-Singapura, melancarkan urusan rentas sempadan, memperkukuh rantaian bekalan dan meningkatkan daya saing koridor ekonomi.

Maybank dalam satu kenyataan memaklumkan, kemudahan Akaun Semasa Korporat Ringgit membolehkan syarikat yang mempunyai akaun semasa Maybank menukar dolar Singapura atau mata wang asing kepada ringgit.

“Kemudahan itu turut membolehkan pelanggan menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang dibenarkan di Malaysia, termasuk menyelesaikan urusan perdagangan, membuat pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan serta membiayai operasi perniagaan,”

“Pelanggan juga boleh membeli dan menyimpan ringgit lebih awal sebelum membuat pembayaran bagi menguruskan pegangan mata wang mereka,” katanya dalam kenyataan sama.

Jelas syarikat itu, kemudahan itu dijangka menyokong perkembangan aktiviti ekonomi antara Singapura dan Malaysia, susulan integrasi ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Alvin Lee berkata, inisiatif itu juga dapat melancarkan urusan perniagaan rentas sempadan, sekali gus mengukuhkan rantaian bekalan serantau dan meningkatkan daya saing koridor ekonomi Malaysia-Singapura.

“Inisiatif itu juga selaras dengan matlamat lima tahun ROAR30 Maybank untuk menjadi bank pilihan bagi transaksi Malaysia-Singapura serta rakan perbankan transaksi dan pembayaran terkemuka ASEAN,” ujarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.