fb fb fb fb fb

Banjir Sabah: 559 penduduk terjejas ditempatkan di dua PPS


PITAS, 9 Februari
- 559 penduduk terjejas banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, Sabah, setakat pukul 8 pagi tadi.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah ,memaklumkan dua PPS itu masing-masing Dewan Kampung Kusilad menempatkan 49 penduduk terjejas daripada 13 keluarga, manakala Dewan Kampung Sinukab menempatkan 510 penduduk daripada 170 keluarga.

Kedua-dua PPS terbabit menempatkan penduduk dari kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi, dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

Petang semalam, dua PPS di Pitas telah ditutup iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II dan Dewan SK Rukom, dengan mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Media Baharu