PONTIAN, 20 Oktober -Seramai 81 penduduk terjejas akibat banjir di sini, masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hingga pukul 2.00 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Seramai 81 penduduk terjejas akibat banjir ditempatkan di PPS SK Penerok.
- PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Penerok dan mula beroperasi sejak pukul 8.00 malam semalam.
- Jumlah keluarga terjejas ialah 23, melibatkan penduduk dari Kampung Makam, Penerok dan Parit Bugis.
- Keadaan penginapan penduduk dipantau sehingga laporan terakhir pada pukul 2.00 petang.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Penerok, mula beroperasi sejak pukul 8.00 malam semalam.
“Ia melibatkan 23 keluarga yang menempatkan penduduk dari Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis,” menurut laporan jawatankuasa itu.