fb fb fb fb fb

Banjir Perlis : 15 rumah terjejas, PPS diaktifkan

FOTO BPD SUK PERLIS

ARAU, 17 September- Sebanyak 15 buah rumah di sekitar Kampung Titi Besi ditenggelami air berikutan limpahan air kawasan Ulu Pauh susulan hujan lebat sejak semalam dan berlarutan sehingga kini.

Situasi berkenaan melibatkan 50 orang penduduk yang kini bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya keadaan semakin teruk.

Menurut Penghulu Bahagian Pentadbiran Daerah, Reswan Ramli dalam kenyataannya, semua agensi pengurusan bencana negeri kini diaktifkan dan bersiap sedia untuk membantu mangsa terlibat ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Arau yang telah dibuka.

Beliau memaklumkannya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Titi Besi bersama agensi pengurusan bencana negeri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE