fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Taiping dibenar pulang, PPS SK Matang ditutup

Foto arkib/RTM

TAIPING, 6 Oktober – Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di Taiping, Daerah Larut Matang dan Selama ditutup sepenuhnya petang ini selepas semua penduduk terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan PPS itu berkuat kuasa pukul 2 petang selepas pemantauan bersama pelbagai agensi mendapati keadaan di kawasan terjejas kini selamat dan terkawal.

Menurut kenyataan itu, dengan penutupan tersebut, tiada lagi PPS yang beroperasi di Daerah Larut Matang dan Selama pada masa ini.

PPS SK Matang sebelum ini menempatkan seramai 23 penduduk terjejas daripada enam keluarga yang terjejas akibat banjir.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN