PASIR MAS, 1 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan semakin berkurangan.
Menurut Portal Info Bencana Banjir JKM, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Bachok melibatkan 574 penduduk terjejas banjir daripada 175 keluarga.
Ia melibatkan PPS SK Jelawat, PPS SMK Beris Panchor dan PPS SK Tok Deh.
Setakat pukul 4.00 petang, jumlah penduduk terjejas banjir di PPS SMK Beris Pachor di daerah Bachok paling ramai dipindahkan di negeri tersebut apabila 239 penduduk terjejas banjir daripada 64 keluarga dipindahkan setakat ini. Manakala, satu, PSS di Kota Bharu iaitu PPS SK Sering sudah di tutup tengahari tadi.
Sementara itu, penduduk terjejas banjir di Johor Baharu, Johor meningkat kepada 538 orang berbanding 432 orang pagi tadi. Ia melibatkan 158 keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, menerusi kenyataan berkata, mereka kini berlindung di dua psat pemindahan sementara (PPS).
PPS Dewan Muafakat kampung cahaya Baru menempatkan 227 orang, manakala PPS Sekolah kebangsaan Bukit Mutiara, 311 orang.
Kawasan terjejas adalah di Kampung Sentosa Damai, Kampung Sentosa Darat, Kampung Paya Kenangan, Kampung pasir Tebrau dan kampung Kangkar Tebrau.