fb fb fb fb fb

Banjir Membakut: Satu PPS dibuka

JPBD

MEMBAKUT, 15 Mei - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Kesenian Islam, di sini pukul 4.00 petang tadi untuk menempatkan 72 penduduk terjejas banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Membakut Ibrahim Terki dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah telah diaktifkan secara rasmi dan digerakkan sepenuhnya sejak petang tadi.

"PPS tersebut melibatkan 24 keluarga terdiri daripada 17 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, 19 kanak-kanak lelaki, 11 kanak-kanak perempuan, tiga bayi dan empat warga emas," katanya.

Semua agensi keselamatan juga diarah berada di lapangan bagi memantau dan melakukan penilaian keadaan semasa banjir.

TETITIA YUSOFF