fb fb fb fb fb

Banjir kilat: 40 pencawang elektrik di ibu negara ditutup

KUALA LUMPUR, 7 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan di 40 pencawang eletrik di ibu negara susulan hujan lebat dan banjir kilat demi keselamatan pengguna.

TNB menerusi hantaran di Facebook memaklumkan antara kawasan yang terjejas ialah Royal Cendana, Bukit Aman, Hospital Tang Lin, Jabatan Kesihatan Daerah Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa hotel terkemuka di sini.

"Usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat," menurut hantaran itu pada 6.00 petang tadi.



Menurut TNB, penutupan bekalan elektrik akan dilakukan di pencawang yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat sekiranya situasi banjir semakin buruk, berisiko serta membahayakan pengguna.

Oleh itu, TNB meminta orang ramai menghubungi talian 15454 jika melihat tiang elektrik tumbang atau wayar putus.

“Berhati-hati dengan persekitaran anda dan jaga keselamatan ketika berada di dalam kenderaan semasa banjir."

Antara pencawang elektrik yang ditutup di sekitar Kuala Lumpur:

1. Royal Cendana
2. Bukit Aman
3. Class G Qrt
4. PDRM Bukit Aman
5. Hospital Tang Lin
6. Car Park Jalan Tanglin
7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya
8. Jalan Kebun Bunga
9. Jalan Young Stat
10. Pejabat Perancang Selangor
11. Banyan Tree Signature Jalan Conlay
12. Amphitheater
13. The Royale Chulan Hotel
14. Pangsapuri Sri Jati Jalan Jati
15. Kompleks Budaya Kraf
16. Restoran Sri Melayu
17. Rest Hotel Jalan Jati
18. Kraftangan Jalan Conlay
19. Hotel Westin
20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
21. Menara Worldwide Jln Bkt Bintang
22. Menara Keck Seng
23. Royal Selangor Golf Club
24. RHB
25. Wisma Inai
26. Bintang Goldhill Jalan Tun Razak
27. The Forum
28. Jalan Bukit Bintang
29. Bukit Bintang
30. Ritz Carlton Hotel
31. Istana Johor Persiaran Stonor
32. The Pearl Jalan Stonor
33. Dua Residency Jalan Tun Razak
34. Conlay Court
35. The Ascott Jalan Pinang
36. Menara BIMB Jalan Perak
37. Suria Stonor
38. Mni Tower
39. Hotel Impiana KLCC Jalan Pinang
40. Lot 170 Jalan Perak

Media Baharu