fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah penduduk terjejas meningkat

FOTO JBPM

KUALA KRAI, 26 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan semakin meningkat kepada 886 penduduk daripada 271 keluarga. 

Laman info bencana JKM melaporkan, setakat pukul 10 pagi, kesemua penduduk terjejas kini berlindung di 16 pusat pemindahan sementara  PPS melibatkan empat daerah iaitu Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang.

Pasir Puteh kekal menempatkan 350 orang daripada 119 keluarga yang kini berlindung di dua PPS di daerah itu.

Ini diikuti Tanah Merah 246, Kuala Krai 270 orang dan Machang 18 orang.

Sementara itu tiga sungai melebihi tahap bahaya iaitu Golok di Kg Jenob Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang Pasir Mas masing-masing merekodkan bacaan 24.16 meter dan 9.61 meter manakala Sungai Kelantan di Air Muleh Pasir Mas  10.74 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE