fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Penduduk terjejas meningkat 2,771 orang

FOTO RTM

KEDAH, 9 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di empat daerah di Kedah terus meningkat kepada 2,771 orang berbanding 2,379 petang tadi.

Ia melibatkan daerah Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, di Kubang Pasu, seramai 1,076 penduduk terjejas daripada 398 keluarga ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Dewan PPK Lubuk Batu, Sekolah Kebangsaan Malau, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Putra.

Sementara itu, di Pendang, seramai 337 penduduk daripada 598 keluarga berlindung di Dewan Kompleks Rakan Sukan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.

Di Kota Setar pula, seramai 839 orang daripada 260 keluarga diberi perlindungan di enam PPS antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah, Sekolah Kebangsaan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, dan Sekolah Kebangsaan Haji Idris.

Manakala di Pokok Sena, seramai 479 penduduk terjejas daripada 168 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan Tualang, Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau dan Dewan Kesuna.

Trainee2