JOHOR BAHRU, 7 Januari- Seramai 434 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) akibat hujan lebat berterusan di Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daerah yang terjejas setakat ini adalah Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Manakala, dua PPS di Mersing telah ditutup pada pukul 12 tengahari tadi.
Tanah runtuh juga dilaporkan berlaku di sekitar Daerah Johor Bahru Selatan.
Paras air sungai di kawasan berkenaan dilaporkan pada paras membimbangkan.